EN | BM
KEPADA PEMBELI DAN PIHAK BERKEPENTINGAN J-SATINE YANG AMAT DIHARGAI
Jumaat, 15 NOVEMBER 2024
Kami memahami bahawa kejadian yang berlaku baru-baru ini melibatkan Blok C projek J-Satine Residensi Wilayah telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pembeli kami, pihak berkepentingan dan masyarakat secara umum. Kami ingin memberi jaminan bahawa kami memandang serius terhadap kejadian ini dan kami komited sepenuhnya untuk menanganinya dengan keterbukaan, kesungguhan disamping memberi tumpuan dan perhatian yang sewajarnya.
Isu struktur yang dikenal pasti di Blok C projek J-Satine Residensi Wilayah telah menimbulkan persoalan mengenai keselamatan, jangka masa projek, dan integriti keseluruhan pembangunan. Kami ingin memberi jaminan bahawa keselamatan dan fikiran yang tenteram menjadi keutamaan kami. Kami juga sedang bekerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pakar bebas dan pasukan projek kami untuk menyiasat situasi ini dengan teliti, melaksanakan langkah pemulihan yang diperlukan dan memastikan keselamatan serta kualiti jangka panjang kediaman anda pada masa hadapan.
Kami telah menyediakan Soalan Lazim (FAQ) untuk menjawab soalan dan pertanyaan yang telah kami terima daripada anda. Dokumen ini akan dikemas kini secara berkala seiring dengan ketersediaan maklumat baru dan perkembangan yang dicapai dalam usaha pemulihan kami.
Ingin kami tegaskan bahawa pihak kami komited untuk mengadakan komunikasi secara telus dan terbuka sepanjang proses ini. Kami memahami impak yang mungkin timbul daripada kejadian ini terhadap rancangan dan pelaburan anda dan kami berdedikasi untuk mencari penyelesaian yang adil dan menyeluruh untuk semua pihak yang terjejas.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan yang tidak dijawab dalam Soalan Lazim (FAQ) ini, sila hubungi pasukan sokongan khas kami di [email protected]. Kami di sini sedia mendengar, menyokong, dan memberikan kerjasama dengan anda untuk situasi ini.
Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang anda berikan. Kami komited untuk menunaikan janji-janji kami dan memastikan bahawa J-Satine Residensi Wilayah menjadi kediaman yang selamat dan berkualiti tinggi seperti yang anda impikan ketika memilih untuk melabur bersama kami.
DOKUMEN SOALAN LAZIM [FAQ]
J-SATINE RESIDENSI WILAYAH: ISU STRUKTUR DAN STATUS PROJEK
TERKINI 15 NOVEMBER 2024
BUTIRAN KEJADIAN
- Siasatan komprehensif oleh perunding pihak ketiga sedang dijalankan. Kami sedang menilai dengan secara bersungguh-sungguh untuk melihat keseluruhan kejadian ini dan menentukan tindakan terbaik yang perlu dilaksanakan.
- Berikut merupakan perkembangan terkini yang dapat kami kongsikan:
- Kejadian tersebut telah menjejaskan kerja pembinaan di Blok C.
- Tiada letupan berlaku di tapak projek.
- Tiada risiko kepada bangunan atau infrastruktur di kawasan sekitar.
- Wakil-wakil dari Gandingan Jakel hadir semasa pemeriksaan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menunjukkan komitmen kami terhadap ketelusan dan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.
- Kami menjangkakan laporan penuh akan siap dalam beberapa bulan akan datang. Laporan ini akan memperincikan keadaan sebenar dan gambaran keseluruhan kejadian yang berlaku serta mencadangkan tindakan pemulihan yang spesifik.
- Kami memohon pemahaman dan kesabaran anda dalam tempoh ini kerana kami akan memberikan kenyataan lanjut hanya akan diberikan selepas laporan ini dikeluarkan.
- Kami memberi jaminan bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan DBKL dan pihak berkuasa berkaitan dan kami akan berkongsi hasil siasatan ini kepada anda dengan kadar segera serta melaksanakan semua langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan integriti bangunan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN & INTEGRITI STRUKTUR
- Keselamatan pembeli, pihak berkepentingan serta integriti bangunan sentiasa menjadi fokus utama kami. Kami ingin memberi jaminan segala pendekatan dan langkah yang sewajarnya telah dilakukan untuk menangani kejadian di J-Satine Residensi Wilayah dengan serius dan segera.
- Sejak permulaan, pihak kami telah mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang tertinggi. Sebelum kejadian ini, semua reka bentuk struktur dan protokol keselamatan tapak telah mematuhi kod dan peraturan bangunan yang berkaitan dengan ketat. Walau bagaimanapun, kami memahami bahawa keadaan semasa memerlukan langkah luar biasa dan kami telah memberi tindak balas sewajarnya.
- Sehubungan kejadian terbaru ini, kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang segera dan menyeluruh:
- Sokongan Struktur Sementara:
Seperti yang dinasihatkan oleh pasukan jurutera pakar kami, kami telah memasang struktur sokongan sementara di kawasan yang terjejas di Blok C. Langkah berjaga-jaga ini adalah perlu untuk memastikan kestabilan bangunan sementara kami menunggu keputusan hasil siasatan penuh. - Audit Keselamatan:
Kami telah mempertingkatkan protokol keselamatan kami dengan menjalankan audit keselamatan yang ketat dan secara berkala di seluruh tapak pembinaan. Audit ini dijalankan oleh profesional berpengalaman untuk mengenal pasti dan menangani sebarang isu yang berpotensi dengan segera. - Penilaian Komprehensif:
Satu pasukan jurutera struktur bebas sedang menjalankan penilaian komprehensif ke atas projek ini. Penemuan mereka akan membantu kami dalam menentukan pilihan terbaik untuk pelaksanaan pelan pemulihan fasa pertama kami.
- Sokongan Struktur Sementara:
TEMPOH MASA & PENYELESAIAN PROJEK
- Kami memahami bahawa tempoh masa kediaman anda adalah amat penting, dan kami ingin menangani kebimbangan ini dengan aspek ketelusan dan empati.
- Berikut adalah status terkini kami:
- Penilaian bebas sedang dijalankan dan dijangka selesai dalam beberapa bulan akan datang. Penilaian ini akan memperincikan keadaan sebenar dan tahap permasalahan ini serta mengesyorkan tindakan pemulihan khusus, untuk memastikan keselamatan dan integriti rumah masa depan anda.
- Sebaik sahaja kami menerima penemuan penilaian, pasukan pakar perunding projek kami akan segera menyemak keputusan tersebut.
- Pasukan tersebut kemudiannya akan mengawasi pelaksanaan pemeriksaan kualiti dan langkah-langkah pemulihan yang diperlukan. Langkah ini penting untuk menjamin bahawa setiap aspek bangunan memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti tertinggi.
- Kesabaran dan pemahaman anda sepanjang tempoh ini amat dihargai.
PERTIMBANGAN KEWANGAN & PILIHAN PEMBELI
Kami benar-benar memahami dan merasai kebimbangan kewangan anda serta ketidakpastian yang telah timbul selepas kejadian ini terhadap pembeli dan pihak berkepentingan kami. Pelaburan anda dalam J-Satine bukan sekadar kewangan; ia mewakili impian, aspirasi, dan perancangan masa depan anda. Kami ingin memberi jaminan bahawa kegusaran anda dipandang serius dan kami sedang berusaha tanpa henti untuk menanganinya.
Pertanyaan Berkaitan Kewangan:
Untuk sebarang pertanyaan khusus mengenai kewangan anda, sila hubungi bank atau institusi kewangan anda secara terus. Kami tidak diberi kuasa untuk memberikan nasihat kewangan peribadi.Hal Berkaitan Perjanjian Jual Beli (SPA):
Kami memahami bahawa keadaan semasa mungkin menyebabkan beberapa pembeli mempertimbangkan untuk menarik diri daripada pembelian mereka. Kami ingin memberi jaminan bahawa kami memahami kebimbangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil perhatian perkara berikut:Pematuhan Kontrak: Semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam SPA yang ditandatangani adalah kekal berkuat kuasa.
Perlindungan Undang-Undang: Hubungan kontrak dan tanggungjawab antara pihak-pihak di bawah Perjanjian Jual Beli (SPA) dilindungi oleh Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118). Selaras dengan Perjanjian Jual Beli anda, kami mengakui tanggungjawab kami berkaitan dengan ganti rugi yang telah ditetapkan dan berazam untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kelewatan.
Penjelasan: Jika anda memerlukan sebarang penjelasan atau terdapat kemusykilan mengenai SPA, kami mengesyorkan anda menghubungi peguam SPA secara langsung.
Kami berusaha untuk memastikan ketelusan dan komunikasi yang terbuka sepanjang waktu sukar ini. Walaupun kami tidak dapat mengubah terma-terma dalam perjanjian yang sedia ada, kami di sini untuk memberikan penjelasan dan sokongan kepada pembeli dan pihak berkepentingan yang kami hargai.
JAMINAN KUALITI JANGKA PANJANG
Komitmen kami terhadap kualiti dan keselamatan melangkaui situasi semasa. Kami sedang melaksanakan pendekatan yang kukuh dari pelbagai aspek untuk memastikan integriti struktur jangka panjang J-Satine:
Siasatan Terperinci dan Langkah Pemulihan Teliti:
Kami sedang menunggu keputusan penilaian komprehensif bebas yang sedang dijalankan. Setelah diterima, pasukan perunding projek pakar kami akan mengkaji penemuan tersebut dan memantau pelaksanaan langkah pembetulan yang diperlukan. Proses ini memastikan bahawa setiap aspek struktur bangunan memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi.Mempertingkatkan langkah-langkah Kawalan Kualiti (Quality Control):
Kami sedang memperkukuh protokol kawalan kualiti kami. Ini termasuk pemeriksaan tapak yang lebih kerap, ujian bahan yang lebih ketat, dan pengawasan yang dipertingkatkan di setiap peringkat pembinaan. Matlamat kami adalah untuk menangani isu-isu berpotensi sebelum ia menjadi isu lebih serius.Pemeriksaan Berkala oleh Pihak Ketiga:
Kami merancang untuk menjalankan pemeriksaan struktur tahunan oleh pihak ketiga untuk beberapa tahun selepas projek siap. Pemeriksaan ini akan dijalankan oleh pakar bebas yang bertauliah untuk memastikan kawalan keselamatan berterusan dan kepentingan integriti struktur.Pemeriksaan dan Ujian Komprehensif:
Sebelum serahan kunci, kami akan menjalankan siri ujian yang ketat ke atas struktur yang siap dibina, dengan mematuhi semua kod bangunan yang relevan dan melangkaui keperluan piawaian sekiranya perlu. Ujian-ujian ini akan meliputi pelbagai aspek integriti bangunan untuk memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang tertinggi.
Kami ingin memaklumkan bahawa pasukan kami sedang berusaha tanpa henti untuk menyediakan kediaman yang bukan sahaja memenuhi, malah melebihi jangkaan anda dari segi keselamatan, kualiti, dan ketahanan.
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
Kami memahami bahawa komunikasi yang jelas, tepat pada masanya, dan telus adalah sangat penting di sepanjang tempoh yang mencabar ini. Keperluan anda untuk maklumat terkini mengenai projek J-Satine Wilayah Residensi adalah keutamaan kami, dan kami komited untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan.
Bagi memastikan anda mendapat maklumat terkini, kami telah menyediakan pelan komunikasi:
Kemas Kini Secara Berkala:
Kami akan menyediakan kemas kini secara berkala mengenai status projek, termasuk kemajuan dalam penilaian struktur, rancangan pemulihan dan sebarang perubahan pada garis masa. Kemas kini ini akan dikongsi melalui pelbagai saluran untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting.Komunikasi Melalui Pelbagai Saluran:
Untuk memastikan pembeli dapat dicapai, beberapa platform komunikasi akan digunakan untuk menyampaikan maklumat:Laman Web Rasmi kami akan dikemas kini secara berkala dengan berita dan laporan terkini.
Saluran media sosial kami akan menyediakan kemas kini dan pengumuman dalam masa sebenar (real-time).
Saluran Khas Untuk Dihubungi:
Untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan khusus, kami telah menyediakan alamat emel khusus: [email protected]. Pasukan kami komited untuk memberi maklum balas kepada semua pertanyaan anda dengan segera.
Kami ingin memberi jaminan kepada anda sebagai pembeli dan pihak berkepentingan yang dihargai bahawa kami bukan sahaja komited untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan dengan sebarang perkembangan tetapi juga untuk mendengar kebimbangan dan maklum balas anda. Pandangan anda amat bernilai untuk kami dalam mengharungi situasi ini secara bersama.