PUBLIC NOTICE

Latest Update on J. Satine
Thursday, 26 December 2024

 

Current Status

  • The investigation into the recent incident is still in progress.
  • We are working closely with authorities and an independent consultant.
  • Our primary focus remains the safety and integrity of the development.

Next Steps

  • We are committed to a thorough investigation, which requires time.
  • Updates will be shared promptly as new information becomes available.

We also wish to inform all that any meetings with affected purchasers will be scheduled following the conclusion of the investigations, and we will reach out to the affected purchasers directly at that time.

We sincerely appreciate your continued patience and support during this process. Your trust in us is important, and we are working diligently to address the situation.

If you have any questions or concerns, please don’t hesitate to reach out to our dedicated customer service team at: [email protected].  

#JSatineUpdates

MAKLUMAN AWAM

Perkembangan terkini J. Satine
Khamis, 26 Disember 2024

Status Semasa

  • Proses siasatan masih sedang dijalankan terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini.
  • Pihak kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan perunding bebas.
  • Fokus utama kami adalah memastikan keselamatan dan integriti pembangunan.

Langkah Seterusnya

  • Kami komited untuk menjalankan siasatan menyeluruh yang memerlukan masa.
  • Sebarang maklumat dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada pembeli sebaik sahaja maklumat tersedia.

Kami juga ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa sekiranya terdapat pertemuan dengan pembeli yang berkenaan, ia hanya akan diadakan selepas siasatan menyeluruh selesai dijalankan. Pihak Gandingan Jakel akan menghubungi pembeli yang berkenaan pada masa tersebut.

Kami amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan daripada semua terutamanya pembeli kami sepanjang proses siasatan ini berlangsung. Kami amat berterima kasih atas kepercayaan anda terhadap kami. Kami terus komited dan sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi ini dengan baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pasukan khidmat pelanggan kami melalui emel rasmi [email protected].

#JSatineUpdates

PUBLIC NOTICE:

LATEST UPDATE ON J SATINE
MONDAY, 11 NOVEMBER 2024

Following the recent stop-work order issued by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), we would like to provide an update on the situation.

We understand the concerns surrounding our construction project and would like to assure everyone that the company is taking this matter very seriously.

We have engaged the relevant consultants and independent experts to thoroughly investigate the root cause and implement a comprehensive remedy plan.

Our top priority is to ensure that the building remains safe, with no compromise on the integrity of the site.

In addition, we are working closely with DBKL to address this issue comprehensively.

At this time, we are unable to disclose further details or speculate on the matter until the full investigation report is finalised.

Rest assured, we will provide updates as soon as possible.

We kindly ask all stakeholders, purchasers, and the public to remain patient while we await the results and further announcements.

Kindly channel your enquiries to: [email protected]

Thank you for your understanding and cooperation.

#JSatineUpdates

MAKLUMAN AWAM:

PERKEMBANGAN TERKINI J SATINE
ISNIN, 11 NOVEMBER 2024

Susulan arahan pemberhentian kerja (stop-work order) yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami ingin memberikan perkembangan terkini mengenai perkara ini.

Kami memahami kebimbangan yang timbul berkenaan projek pembinaan kami dan ingin memberi jaminan bahawa syarikat kami memandang serius akan perkara ini.

Kami telah melantik perunding yang berkenaan serta pakar bebas untuk menyiasat punca utama isu ini secara menyeluruh dan melaksanakan pelan pemulihan komprehensif.

Keutamaan kami adalah untuk memastikan bangunan ini kekal selamat tanpa menjejaskan integriti tapak pembinaan projek ini.

Disamping itu, kami juga bekerjasama rapat dengan DBKL untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Buat masa ini, kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut atau memberikan sebarang andaian terhadap perkara ini sehingga laporan siasatan siap sepenuhnya.

Kami berharap agar anda semua tidak bimbang mahupun khuatir. Kami akan kongsikan sebarang perkembangan terkini dengan kadar segera.

Kami memohon kepada semua pihak berkepentingan, pembeli, dan orang awam untuk kekal bersabar sementara menunggu hasil siasatan dan pengumuman selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila salurkan ke alamat emel: [email protected]

Kami amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

#JSatineUpdates

PUBLIC COOPERATION REQUESTED

LATEST UPDATE ON J SATINE
FRIDAY , 8 NOVEMBER 2024

We acknowledge the videos and images that have gone viral on social media regarding one of our company’s construction projects.

We would like to inform that all safety measures have been taken in accordance with established safety regulations to ensure the safety of the public and the interests of our buyers.

We want to emphasise that this development has been carefully planned and the construction process implemented is in line with the regulations and ethics practiced by the relevant professional bodies.

At present, we’re teaming up with expert advisors and a special task force to give you a true picture of the project’s status. We want to provide an accurate assessment and to show that the construction site issue has been misrepresented.

We are committed to sharing these insights with the public.

We greatly appreciate the cooperation from the public to stop sharing videos or images and speculating unverified information related to this project.

We believe the facts will speak for themselves and clarify any misconceptions about the situation.

We would like to reiterate our stance that safety aspects have always been our priority in every development project we undertake.

Thank you for your cooperation and support.

MOHON KERJASAMA DARIPADA ORANG AWAM

PERKEMBANGAN TERKINI J SATINE
JUMAAT, 8 NOVEMBER 2024

Kami mengambil maklum tentang video dan gambar yang telah tular di media sosial berhubung salah satu projek pembinaan syarikat kami.

Kami ingin memaklumkan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Langkah ini untuk memastikan keselamatan orang awam dan kepentingan pembeli kami dijaga.

Kami juga ingin menegaskan bahawa pembangunan ini telah dirancang dengan teliti dan proses pembinaan dilaksanakan selaras dengan peraturan dan etika yang diamalkan oleh badan profesional berkaitan.

Ketika ini, kami sedang bekerjasama dengan penasihat pakar dan pasukan petugas khas bagi memberi gambaran sebenar tentang status projek ini. Kami ingin menyediakan penilaian yang tepat dan menunjukkan bahawa isu di tapak pembinaan ini telah disalah tafsir.

Kami komited untuk terus berkongsi maklumat dengan orang awam.

Kami menghargai kerjasama orang awam untuk tidak menyebarkan video atau gambar serta membuat sebarang spekulasi melalui maklumat yang tidak disahkan berkaitan projek ini.

Kami percaya bahawa fakta akan membuktikan dan menjelaskan sebarang salah faham tentang situasi ini.

Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap projek pembangunan yang kami laksanakan.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.